IPOH: Prosiding kes melibatkan Ibrahim Mat Zin, juga digelar 'Raja Bomoh', yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini ditangguhkan dua bulan lagi.
Hakim Syarie Azman Saad membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.
"Saya sebenarnya berhasrat untuk tidak memanjangkan tempoh siasatan ini. Saya dengan ini membenarkan penangguhan dua bulan dan ini adalah tempoh penangguhan yang terakhir.
"Dilepaskan tidak bermaksud tidak didakwa, akan tetapi mengikut prosiding mahkamah, ini adalah tangguhan terakhir. Tidak boleh lama-lama," katanya.
Azman menetapkan kes Ibrahim, 71 tahun, bersama sepupu, Suliaha Abdul Hamid, 62 tahun, yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha', akan disebut semula pada 25 April ini.
Selain itu, beliau membenarkan permohonan Suliaha untuk menukarkan penjamin ekoran penjamin sebelum ini dijangkiti COVID-19 selain sukar untuk hadir ke mahkamah.
Pada 7 Januari lalu, Ibrahim dan Suliaha dibebaskan dengan diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 bersama seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.
Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 di sebuah rumah di Taman Rapat Jaya 1, Ipoh sekitar jam 3.45 petang, 6 Januari lepas.
BACA: Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
BACA: Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Siasatan ke atas mereka itu dibuat susulan satu ritual didakwa menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Intan.
Rakaman video ritual tersebut kemudian tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi awam.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.
Amirrul Rabbani
Wed Feb 23 2022
Ibrahim ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah di Ipoh hari ini. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.
Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.
Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.
Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.
Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.
Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.
Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.
'Raja Bomoh' ziarah Najib, mahu lihat sejarah
Ibrahim berkata tujuannya hanya untuk menziarah dan mennyanjungi sumbangan yang telah diberikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.